Arsenik dalam Beras

Nasi merupakan salah satu makanan ruji yang boleh nikmati di seluruh benua Asia. Tetapi adakah anda tahu bahawa nasi putih kegemaran anda mungkin mengandungi bahan kimia berbahaya yang dikenali sebagai arsenik. Arsenik merupakan salah satu bahan kimia yang paling beracun di dunia! Dalam realiti, hampir kesemua beras mengandungi arsenik, tanpa mengambil kira sama ada ia merupakan beras putih, berwarna, liar atau beras organik.

Arsenik didapati secara semulajadi pada kerak bumi, dalam air dan udara. Arsenik dalam bentuk organik boleh didapati sebagai sebahagian daripada tisu tumbuhan dan haiwan dan tidak mendatangkan kemudaratkan kepada manusia, kerana ia telah bergabung dengan molekul karbon. Arsenik bukan organik boleh didapati dalam batuan, tanah dan air.

Dalam keaadaan bukan organik arsenik adalah sangat toksik. Ia telah digunakan sebagai racun sejak zaman purba lagi. Agensi EPA Amerika Syarikat dan International Agency for Research on Cancer juga telah melabelkan arsenik sebagai bahan karsinogen kategori 1, kerana ia telah dikenalpasti mempunyai kecenderungan tinggi sebagai penyebab kanser manusia.

Selain itu, ia juga dikaitkan sebagai penyebab kepada penyakit  seperti kencing manis, penyakit paru-paru, penyakit kardiovaskular, dan meningkatkan kebarangkalian kerosakan kepada buah pinggang. Arsenik adalah lebih memudaratkan jika didedahkan kepada wanita hamil, dan kanak-kanak. Sekiranya seseorang wanita hamil terdedah kepada arsenik, sistem keimunan bayi yang belum lahir mungkin akan terjejas.

Bagaimanakah Arsenik Boleh Berada Dalam Beras?

Oleh itu, persoalannya bagaimanakah beras yang merupakan makanan ruji orang Asia boleh mengalami keracunan arsenik? Ia adalah disebabkan oleh gangguan manusia kepada hukum atur semulajadi alam. Manusia meningkatkan kandungan arsenik dalam tanah melalui penggunaan racun perosak dan baja yang kemudiannya akan diserap oleh tanaman padi.

Anda mungkin akan terkejut apabila diberitahu bahawa beras putih mempunyai kandungan arsenik yang paling rendah. Menurut satu laporan pengguna, beras perang atau beras kasar mengandungi 80% lebih banyak arsenik berbanding dengan beras putih. Ini adalah kerana arsenik lebih cenderung terkumpul pada lapisan bran atau lapisan dedak beras yang tidak dipisahkan. Begitu juga dengan beras hitam, kerana brannya masih dikekalkan, tidak seperti nasi putih.

Dengan itu, beras organik mungkin mempunyai kandungan arsenik yang terendah kerana kadar penggunaan racun yang minimum sewaktu penanaman. Walaubagaimanpun, ia mungkin masih mempunyai kadungan arsenik, yang diserap daripada tanah yang mengandungi arsenik yang wujud secara semulajadi. Namun demikian, anda tidak perlu risau atau mengelak daripada memakan nasi. Ini adalah kerana arsenik adalah larut air, dan ia dapat diasingkan daripada bera melalui kaedah pencucian.

Kajian menunjukkan bahawa menanak nasi dengan menggunakan air yang banyak, dengan satu bahagian beras kepada 6 hingga 10 bahagian air, dapat mengurangkan kandungan arsenik bukan organik sebanyak 40 hingga 60 %, bergantung kepada jenis beras.

Ada Tak Beras Bebas Arsenik?

Sekiranya anda ingin mengelak daripada proses memasak nasi yang rumit, tetapi masih mempunyai risiko terdedah kepada arsenik, anda boleh memilih beras yang bebas arsenik! Salah satu beras di pasaran yang telah diperakukan sebagai bebas arsenik adalah beras Primera Red Rice. Ini adalah kerana penanaman Primera Red Rice dilakukan berdasarkan kepada amalan pertanian yang baik dan dilakukan menggunakan benih tulen. Selain itu, Primera Red Rice juga mengandungi kandungan nutrien dan mineral yang lebih tinggi berbanding beras putih. Oleh itu, demi keselamatan dan kesihatan diri dan keluarga, jadikanlah Primera Red Rice sebagai beras pilihan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

5 × five =