Beras vs Obesiti

Dalam sesetengah budaya obesiti dianggap sebagai simbol kesihatan, kekayaan dan kemakmuran. Tokoh-tokoh yang berpengaruh dianggap lebih anggun sekiranya mempunyai lemak badan yang berlebihan. Walaubagaimanapun, apakah kebenaran sebenar di sebalik kenyataan tersebut?

Adakah saya perlu bimbang tentang Obesiti?

Obesiti adalah keadaan perubatan di mana seseorang itu mempunyai berat badan atau lemak badan yang berlebihan dan ini mungkin akan menjejaskan kesihatan mereka. Pada kebiasaannya, para doktor akan mengatakan seseorang itu sebagai obes sekiranya indeks jisim berat badannya didapati sebagai tinggi.

Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) satu daripada lima orang dewasa adalah obes pada tahun 2025 dan pada masa kini hampir separuh daripada penduduk Malaysia berada dalam kategori obes. Obesiti sudah menjadi kebiasaan termasuk di kalangan bayi dan kanak-kanak (berumur di bawah 5 tahun), menyaksikan pertambahan daripada 32 juta orang pada tahun 1990 kepada 41 juta orang pada tahun 2016.

Obesiti berpotensi untuk mengaruh pelbagai jenis penyakit yang boleh mendatangkan kemudaratan kepada nyawa manusia seperti penyakit kardiovaskular, diabetes, angina ahmar, kerosakan hempedu, dan beberapa jenis penyakit kanser seperti kanser payudara, kanser rahim dan kanser kolon. Obesiti juga boleh menjejaskan kualiti hidup anda dan menyebabkan perubahan fizikal seperti sesak nafas, berdengkur, apnea tidur, sering keletihan, kesukaran melakukan aktiviti fizikal serta arthritis.

Apakah punca kepada obesiti? Apakah pilihan saya?

Bagi kebanyakan orang, obesiti disebabkan oleh pemakanan dengan terlalu banyak dan aktiviti fizikal yang terlalu sedikit. Jika seseorang mengambil jumlah tenaga pada kadar tinggi daripada dietnya tetapi tidak menggunakan tenaga tersebut melalui senaman atau aktiviti fizikal yang lain, tenaga lebihan tersebut akan diubah dan disimpan sebagai lemak badan.

Pembakaran tenaga yang diperolehi daripada pemakanan adalah sangat mencabar dalam konteks gaya hidup moden kita yang tidak melibatkan banyak aktiviti fizikal. Alternatif lain adalah melalui pemilihan jenis makanan yang kita makan.

Beras mungkin merupakan kunci untuk menangani masalah obesiti. Berdasarkan kepada analisis data yang dikumpul daripada 130 buah negara, dengan mengambil beras sebagai sebahagian diet harian, risiko obesiti dapat dikurangkan.

Berdasarkan kepada anggaran yang dibuat oleh Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC), Amerika Syarikat hampir 39.8 peratus orang di A.S. kini adalah obes. Manakala, di Jepun, hanya 4.3 peratus daripada penduduknya adalah obes. Ini telah membawa kepada  para penyelidik daripada Doshisha Women’s College of Liberal Arts in Kyoto, Japan untuk mencari faktor kenapa berat badan untuk kebanyakan orang Jepun berada dalam julat yang sihat. Hasil kajian mereka mendapati bahawa, penduduk Jepun dan penduduk negara-negara lain yang mana beras merupakan makanan ruji mereka mempunyai kadar obesiti penduduk yang lebih rendah.

Beras pilihan yang sihat

Beras boleh didapati dalam pelbagai jenis warna, rasa dan kandungan nutrisi. Sesetengah beras didapati kaya dengan pelbagai nutrien tumbuhan yang bermanafaat kepada kesihatan manusia, dan ada beras yang mempunyai kandungan nutirisi yang tidak seberapa.

Apakah faktor yang perlu diambil sewaktu memilih beras yang lebih sihat untuk pemakanan? Nasi yang dianggap sihat untuk pemakanan perlu tinggi dalam kandungan anti-oksida, vitamin, serat tumbuhan, mineral, protein tetapi mempunyai kadar indeks glisemia (GI) yang terendah.

Contoh beras yang dikenalpasti sebagai sihat dalam pasaran adalah seperti beras Primera Red Rice. Hasil kajian saintifik yang dijalankan ke atas beras Primera Red Rice, mendapati bahawa varieti beras ini mengandungi 1.5 – 5.7 kali lebih banyak vitamin B1, B2, B3, B5 dan B6, dan 1.8 – 5.7 kali lebih banyak mineral berbanding dengan beras putih. Primera Red Rice juga didapati kaya dengan antioksidan, folat (2.5x lebih tinggi), serat (2.7x lebih tinggi) dan protein (1.1x lebih tinggi). Hasil kajian juga menunjukkan Primera Red Rice mempunyai skor kandungan GI terendah pada 46, berbanding dengan beras Basmati, beras merah Thai dan beras putih Jasmine masing-masing pada 50, 55 dan 77. Selain itu, Primera Red Rice didapati mempunyai sedikit aroma seakan kekacang yang menjadikannya lebih sedap untuk dimakan. Beras Primera Red Rice adalah beras pilihan untuk gaya hidup yang lebih sihat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

four × 3 =