Khasiat Beras untuk Kesihatan

Apabila berbicara mengenai beras, kita akan membuat rujukan kepada bijian beras yang berwarna putih. Tetapi adakah anda tahu bahawa beras putih hanyalah satu daripada pelbagai jenis beras di dunia ini?

Penanaman padi mempunyai sejarah yang sangat panjang, rekod bertulis menunujukan ia ditanam di China sejak 12,000 tahun yang lalu, sekitar 2500 B.C. Oleh itu, tidak menghairankan hampir 90 peratus beras dunia ditanam di Asia. 

Selain daripada beras putih yang telah melalui proses pengilapan, beras juga didapati dalam bentuk berpigmen di mana brannya boleh didapati dalam pelbagai warna yang berlainan seperti merah, ungu perang dan hitam. 

Sama Tetapi Tidak Serupa

Jika anda berpendapat bahawa warna beras tidak penting, pendapat anda adalah kurang tepat. Semua beras mempunyai kandungan inti pati yang berbeza-beza. Beras putih, mungkin mempunyai kandungan khasiat yang paling rendah di kalangan semua beras. 

Beras paling berkhasiat adalah di kalangan yang berwarna hitam atau merah. Rekod sejarah menunjukkan kedua-dua jenis beras ini telah dimakan sejak Dinasti Kerajaan China Kuno. Berdasarkan kepada penyelidikan, menunjukkan bahawa beras merah lebih berpotensi dalam meneutralkan radikal bebas kerana ia mempunyai kandungan anti-oksida jenis flavonoid yang lebih tinggi berbanding beras perang dan putih. Nasi merah juga mengandungi kandungan pigmentasi yang tinggi serta kaya dengan antosianin. Ini juga menjadikan beras merah mempunyai ciri-ciri anti-oksida dan anti-karsinogen yang efektif, membantu dalam mengurangkan risiko penyakit kardiovaskular, kencing manis, dan kanser.

Manfaat lain beras merah adalah bijirinnya yang tidak diproses mempunyai kandungan protein tinggi serta kaya dengan serat makanan. 

Beras merah juga mempunyai kandungan micronutrien yang tinggi seperti ferum dan magnesium, dapat membantu dalam mengekalkan kesihatan darah serta kardiovaskular. Adakah anda tahu bahawa penyelidikan juga menunjukkan beras merah juga kaya dengan kalsium, dan oleh itu berpotensi menguatkan tulang dan mencegah gejala osteoporosis? Ini adalah berdasarkan kepada kajian perbandingan yang dilakukan ke atas beras merah dan putih (http://www.icar-iirr.org/journal%202017-10-9.pdf). Mikronutrien utama lain yang diketemukan adalah terdiri daripad  kalsium, kalium, zink dan niacin.

Ingin Berasa Bahagia? Makan nasi.

Kaya dengan vitamin B6 atau pyridoxine, beras merah dapat membantu dalam perkembangan otak kanak-kanak. Di samping itu, vitamin B6 membuatkan perasaan anda berada dalam keadaan yang lebih baik, kerana ia dapat membantu dalam mengawal hormon serotonin dan norepinephrine, sebatian yang dapat membantu mengawal tekanan perasaan. Vitamin B6 juga membantu badan dalam menghasilkan melatonin, sebatian yang sangat penting dalam pengaturan kitar jam biologi badan dan corak tidur, seterusnya membolehkan anda tidur dengan lebih baik. Dengan memakan beras merah, risiko untuk menjadi obes juga akan dapat dikurangkan, kerana akan membuat anda kenyang untuk masa yang lebih lama pada kuantiti yang lebih rendah. Oleh itu, anda boleh mengelakkan daripada memakan secara berlebihan dan melebihi keperluan. 

Rasa mengantuk dan letih pada waktu petang? Anda tidak akan mengalami gejala sedemikian sekiranya memakan nasi yang dimasak menggunakan beras merah, disebabkan ia dapat mengurangkan kadar lonjakan gula dalam darah selepas makan, kerana ia mengandungi kandungan serat yang tinggi.

Teruja untuk menikmati manafaat beras merah? Anda boleh mendapatkannya di pasar raya Malaysia, di bawah jenama Primera. Beras merah keluaran Primera mengandungi semua manfaat beras merah premium, dan ia merupakan beras keluaran tempatan yang dihasilkan mengikut piawaian kualiti yang ketat di bawah Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, Malaysia. Primera adalah jenama yang boleh dipercayai dan boleh didapati pada harga yang berpatutan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

three × 1 =