Bolehkah Pesakit Kencing Manis Makan Nasi?

Semua glukosa dalam badan berasal daripada makanan berkarbohidrat, oleh itu ramai pesakit kencing manis yang bertanya adakah mereka boleh makan nasi. Sebenarnya, pesakit kencing manis tidak perlu mengelak daripada memakan makanan yang berkarbohidrat, tetapi perlu memberi perhatian kepada jenis serta kuantiti makanan berkarbohidrat yang mereka makan.